KAPSUL DANSHEN PLUS -1 BOTOL 30 KAPSUL

Radix Salvia Miltiorrhizae

Fungsi utama denshen Radix Salvia miltiorrhizae adalah menggalakkan peredaran darah dengan menyingkirkan statis darah, membekalkan khasiat kepada darah dan menstabilkan keadaan darah. Danshen telah digunakan sebagai ubat Tradisional Cina selama beribu-ribu tahun dahulu. Kegunaannya telah dicatatkan dalam buku-buku perubatan yang terkenal seperti Compedium of Madica yang telah disiapkan ketika Dinasti Ming.

Radix Panax Notoginsen

-Fungsi Notoginseng juga adalah untuk menggalakkan peredaran darah dan fungsi spesifiknya ialah dapat menghentikan pendarahan. Notoginseng juga telah dicatatkan dalam buku perubatan Compendium of Materia Medica sebagai ubat tradisional Cina.


Radix Astragalus Membranaceus

Astragalus berfungsi daripada pebagai aspek. Ia dapat membantu mengurangkan pengeluaran peluh, dengan itu dapat mengekalkan tenaga dalaman. Ia juga berfungsi dengan baik dalam penyingkiran urin dan mengurangkan edema. Radix astragali juga dapat mengawal atur sistem keimunan. Dengan itu, ia dapat meningkatkan imuniti badan.

Rosewood

Secara relatifnya, Rosewood dalam Kapsul Denshen Plus adalah sedikit akan tetapi fungsi utamanya adalah meningkatkan peredaran darah dengan mencegah pembetukkan pembekuan darah

kapsul-danshen-plus2

6 Fungsi Utama:

  1. Membantu untuk memperbaiki keadaan Penyakit Jantung Koronari (CHD).

Kapsul Danshen Plus, bersama-sama dengan ramuan berharga seperti Salvia Miltiorrhiza, Notoginseng dan sebagainya. Ia mempunyai fungsi anti-pengumpulan platelet. Selain itu, ia juga berkesan ke atas pegurangan kolestrol dan trigliserida, pengurangan kepekatan darah, meningkakan mikro-peredaran, anti-pengoksidaan, penyingkiran radikal bebas, menjaga otot kardiak dan sebagainya. Fungsi-fungsi tersebut dikoordinat di pelbagai peringkat. Menuju ke pelbagai organ sasaran dan berlaku dalam pelbagai sistem. Fungsi utamanya ialah memperbaiki keadaan penyakit jantung koronari. Para profesional mengsyorkan bahawa Kapsul danshen Plus harus dipertimbangkan sebagai pilihan utama dalam melawan penyakit jantung koronari. Kami mengesyorkan bahawa golongan dewasa (lelaki berumur 35 keatas dan perempuan berumur 40 keatas tahun) mengambil Kapsul Danshen Plus secepat mungkin kerana jantung mereka perlu diberi penjagaan yang lebih serius.

  1. Membantu melindungi daripada strok.

Infaksi otak dikenali sebagai ‘strok otak’. Ia termasuk pembentukan gumpalan darah beku dan embolisasi. Kejadian strok meningkat dengan ketara sejak kebelakangan ini. Kebanyakkannya berlaku pada golongan muda. Fungsi Kapsul Danshen Plus ialah untuk memperbaiki peredaran darah dengan menyingkirkan stasis darah. Aplikasi klinikal menunjukkan penggunaan Kapsul danshen Plus bersama rawatan lain mempunyai kesan baik ke atas pesakit strok otak.

  • Kapsul Danshen Plus telah memperoleh kelulusan daripada FDA pada 29/09/1998.
  • Kapsul Danshen Plus mendapat kelulusan Fasa II ujian klinikal US FDA pada 7/8/2010(klik)
  • Pada Julai 2010 pihak FDA telah bersetuju meneruskan ujian klinikal untuk fasa III dan dijangka pada 2013 Kapsul Danshen plus akan tersenarai di US dan seluruh dunia.
  1. Membantu membersihkan saluran darah dan melindungi jantung kedua-mikroperedaran.

Mikroperedaran merupakan peredaran darah antara kapilari arteriol dan venul. Tempat ini merupakan tempat yang sesuai untuk pertukaran nutrien antara darah dengan sel tisu. Da juga membawa oksigen dan nutrien kepada tisu serta membawa keluar hasilan metabolik. Banyak penyelidikan telah membuktikan bahawa Kapsul Danshen Plus dapat meningkatkan mikroperedaran badan. Kajian di Fakulti Perubatan Universiti keio, Japan telah menunjukkan bahawa Kapsul Danshen Plus mempunyai kesan ke atas pelbagai sasaran dalam menyelesaikan masalah mikroperedaran.

4.Membantu merendahkan paras lipid darah (kolesterol) dan mengurangkan plak daripada arterosklerosis.

Kapsul danshen Plus mempunyai fungsi yang berkesan terhadap pengurangan paras lipid darah terutamanya kolestrol. Sebahagian kajian telah di jalankan ke atas pesakit arterosklerosis carotid. Kumpulan kawalan diberi dos normal aspirin dan kumpulan kawalan diberi Kapsul Danshen Plus.

Keputusannya adalah seperti berikut:

*Perubahan ketebalan intima-media carotid (IMT) : Ketebalan carotid IMT berkurang dalam kumpulan yang dirawat dengan Kapsul Danshen Plus (P<0.05) manakala tiada perubahan yang signifikan dalam kumpulan kawalan. *Perubahan rheologi: Kepekatan darah bagi kedua-dua kumpulan juga menurun, tetapi tiada perbezaan yang signifikan di antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan yang diperhatikan (P>0.05).

*Perubahan paras lipid darah: Pesakit dalam kedua-dua kumpulan turut mempunyai paras lipid darah yang tinggi. Selepas penggunaan Kapsul Danshen Plus, paras kolestrol dan trigliserida berkurang dengan signifikan. Akan tetapi, tiada perubahan yang diperhatikan dalam kumpulan kawalan.

5.Membantu memperbaiki keadaan penyakit mata dan malfungsi ginjal yang berkaitan dengan penyakit kencing manis (diabetes).

Retinopati dan renopati diabetik adalah disebabkan oleh masalah kapilari pesakit diabetes. Kedua-duanya adalah kompikasi saluran darah mikro yang paling umum yang di sebabkan oleh diabetes. Kapsul Denshen Plus mempunyai kesan terhadap perubahan rheologi darah, anti-ion kalsium, pengurangan paras trigliserida dan kolestrol. Dengan itu, Kapsul Denshen Plus amat disarankan kepada pesakit dengan komplikasi diabetes.

6.Membantu melindungi Sel Hati.

Tabiat mengambil alkohol yang berlebihan dan pengambilan makanan yang terlalu berminyak akan mengakibatkan mikro-peredaran hati terhalang dan malfungsi hati. Pesakit akan mengalami malnutrisi dan diikuti dengan perasaan yang tidak normal seperti rasa tidak selesa di sekeliling hati dan pengurangan selera makan. Penggunaan Kapsul Denshen Plus selama 3 bulan akan mengembalikan fungsi hati yang normal dan memulihkan hati yang rosak. Perkara yang lebih penting lagi, Pengambilan Kapsul Danshen Plus sebelum meminum alkohol dapat melambatkan penyerapan alkohol dan jesteru itu dapat melindungi sel hati.

Cara Pemakanan:

Ambil -1  atau  2 kapsul [ bergantung kpd. seriusnya penyakit ]  pagi dan Malam (diambil sebelum sarapan pagi juga selepas makan malam [Dinner] semasa perut kosong)

**Untuk kesan yang lebih baik, buka kapsul dan tuangkan isi kapsul ke bawah lidah, biarkan ia cair sendiri, dengan cara ini, ubat dapat diserap dengan lebih cepat dan berkesan.

PRODUK UTAMA DAN PRODUK LAIN
KELUARAN TASLY  TERBARU

28

cara-makan

Posted in Produk | Leave a comment

Kapsul Wild Ginseng

(MAL05101762TC)
HARGA PASARAN: RM209.00
HARGA AHLI: RM 180.00

Kapsul Wild Ginseng [Ramuan Utama – Ekstrak ginseng merah -Ginsenosida -RH-12 ]

Ciri-ciri produk

Ginseng yang digunakan adalah berusia enam tahun serta berkualiti tinggi yang diambil daripada kawasan terpilih dan kualiti produk juga terjamin.Menggunakan teknologi pengestrakan enzim tercanggih dan memastikan kepekatan bahan aktif ginsenosida yang tinggi digunakan.

Aplikasi yang bersesuaian

  1. Untuk merawat tumor dan kanser.
  2. Untuk penggunaaan dalam jangka pemulihan selepas sebarang penyakit serius.
  3. Untuk merawat kekurang pada paru-paru, limpa, jantung dan ginjal.
  4. Untuk memperbaiki kesukaran bernafas yang berpunca daripada peredaran renal yang tidak normal, mati pucuk, pengeluaran mani nokturnal dan gejala kelemahan peredaran renal yang lain.
  5. Untuk merawat dan memperbaiki kelemahan imuniti dan kepada mereka yang mudah mengidap selsema.
  6. Untuk meningkatkan kebolehan mental dan penglihatan.
  7. Bagi tujuan kecantikan dan anti penuaan.
  8. Kepada golongan usia pertengahan dan warga tua dengan badan yang lemah.
  9. Kepada wanita yang lemah selepas bersalin.

kapsul-wild-ginseng2

6 Fungsi Utama

  1. Kesan anti-tumor.
    Kajian moden menunjukkan bahawa Ginsenosida-Rh2 boleh merencat serangan dan metastasis sel tumor, ia dapat mengaruh apoptasis dan perbezaan sel tumor, ia boleh digunakan dalam rawatan kanser hati, kanser paru-paru, kanser payudara, kanser perut, kanser tulang, malanoma malignan, kanser esofagus, dsb.
  1. Mengawalatur keimunan dan meningkatkan rintangan terhadap penyakit.
    Ginsennosida-Rh12 dalam ginseng ialah bahan aktif yang boleh mengawalatur keimunan, ia melaraskan fungsi imun badan dan meningkatkan rintangannya melawan penyakit. Perubatan Tradisional Cina percaya bahawa ginseng dapat digunakan untuk merawat kekurangan dalam paru-paru, limpa, jantung dan ginjal, ia digunakan untuk memperbaiki keadaan asma atau kesukaran bernafas, kelemahan bersuara dan bercakap, nadi yang lemah, perpeluhan spontan, kurang stamina, kurang selera makan, najis separuh cair, kelihatan tidak bermaya, palpitasi, ketegangan di dada, kepucatan, dsb. Ia juga dapat mententeramkan fikiran dan membaiki kesukaran untuk bernafas berpunca daripada peredaran renal yang terganggu.
  1. Mengawalatur sistem saraf pusat.
    Kapsul Wild Ginseng dapat mengawalatur sistem saraf pusat dan meningkatkan proses rangsangan otak dan mengaruh kecenderungannya kearah keseimbangan, ia dapat meningkatkan keupayan mental dan fizikal, meningkatkan mutu kerja dan melawan keletihan. Ginsenosida juga dapat menambahkan pengambilan oksigen di otak. Dengan itu, Kapsul Wild Ginseng, dapat meningkatkan keupayaan pembelajaran, ingatan dan mempunyai kesan ketara dalam pembaikan penyakit yang berkaitan dengan ketidakupayaan daya ingatan.
  1. Meningkatkan fungsi seksual.
    Kapsul Wild Ginseng dapat menambahkan perembesan kortikosteroid, berkesan ke atas kelenjar-kelenjar gonad, menambahkan bilangan dan daya hidup sprema dalam testis. Perubatan Tradisional Cina percaya bahawa ginseng berkesan membaiki peredaran renal, ia bukan sahaja digunakan untuk merawat kesukaran bernafas disebabkan oleh peredaran renal yang tidak normal malahan ia juga merawat kekurangan ginjal dan masalah mati pucuk.
  1. Menjaga organ hati.
    Ginseng dapat meningkatkan aktiviti pelbagai enzim dalam hati dan menguatkan keupayan detoksifikasi hati, ia mempunyai kesan detaksifikasi dan menjaga hati yang diracuni oleh alkohol.
  1. Memberi kesan kecantikan dan penjagaan terhadap kulit.
    Kajian Tasly mendapati bahawa Kapsul Wild Ginseng boleh diserap dengan perlahan oleh badan manusia, ia boleh mengembangkan salur kapilari pada kulit, mengalakkan peredaran darah pada kulit, meningkatkan nutrisi kulit, mengelakkan dehidrasi, kekerasan dan kekedutan pada kulit, dengan itu, ia meningkatkan kelembutan kulit, mengelakkan penuan awal dan seterusnya menghasilkan kesan kecantikan. Selain itu, Kapsul Wild Ginseng dapat bertindak sebagai antioksida.

Perhatian (maklumat penting)

Produk ini ialah makanan nutrisi kesihatan tambahan. Namun begitu, kepada mereka dengan lidah yang berwarna merah gelap atau lapisan kekuningan yang tebal, mereka yang bersifat panas dalam atau mereka yang berasa panas, dos tinggi tidak sesuai diambil. Sebagai penggantinya, dos rendah boleh digunakan dan ingat perbanyakkan minum air, buah-buahan serta sayur-sayuran dan cuba sentiasa bangkitkan perasaan ceria. Untuk memastikan pembuangan air besar berjalan setiap hari, adalah lebih baik diambil bersama Kasly Aloe. Ia tidak sesuai diambil oleh mereka yang demam selsema atau demam panas. Selain daripada itu, lobak putih tidak harus dimakan dalam jangka masa pengambilan produk ini.

PRODUK UTAMA DAN PRODUK LAIN KELUARAN TASLY  TERBARU

28

cara-makan

Posted in Produk | Tagged , , | Leave a comment

Monascus

KOD PRODUK: 01011
PRODUK HALAL
HARGA PASARAN: RM80.00
HARGA AHLI :RM 65.00

Monascus [Ramuan utama – monascus purpureus – yis beras merah]

Ciri-ciri produk 

Yis Merah atau dikenali sebagai “Hong Qu” merupakan Ubatan Tradisional Cina yang diperbuat daripada beras. Bahan tersebut telah lama digunakan di China sebagai makanan tambahan untuk merawat penyakit selama lebih 1000 tahun dahulu. Ciri-ciri istimewa produk ini termasuklah teknik pembuatan yang unik, prosedur pembuatan yang menepati piawai, kawalan kualiti yang dijaga dan bahan aktif yang terbaik. Tasly Monascus adalah dipercayai dan selamat digunakan serta harganya amat berpatutan.

Aplikasi yang bersesuaian

  • Seseorang yang mempunyai paras lipid atau kelikatan darah yang tinggi.
  • Seseorang yang berisiko tinggi menghidap arteriosklerosis.
  • Seseorang yang ingin mencegah daripada arteriosklerosis.
  • Seseorang yang mengidap penyakit yang berkaitan dengan arterlosklerosis seperti strok dan Penyakit Jantung Koronori (CHD).

monascus2

4 Fungsi Utama

  1. Merendahkan lipid darah dengan cepat dan berkesan.
  2. Membantu melawan pembentukan plak.
  3. Mencegah daripada hiperlipidemia (kehadiran paras lipid yang tinggi di dalam darah).
  4. Berkesan mencegah dan melegakan penyakit jantung koronori, arteriosklerosis dan strok.

Lebih kurang 4-6 minggu selepas produk ini diambil, simptom penyakit kardio-serebrovaskular seperti terasa tekanan pada dada, sakit dada, pening kepala, sakit kepala, kesukaran bernafas, perut mengembung, badan terasa letih, rasa kebas pada badan, tangan dan kaki, dsb. Ia dengan ketara boleh berubah.

3 Mekanisma Tasly Monascus

  1. Mekanisma pengurangan kolesterol endogen Lovastatin secara semulajadi terkandung dalam Tasly Monascus, boleh merencatkan HMG-CoA reduktase bagi mencegah sintesis kolesterol endogen. Kolesterol endogen ialah kolesterol yang terbentuk didalam badan dan bukannya datang daripada makanan. Manakala kolesterol eksogen ialah kolesterol yang masuk kedalam badan melalui makanan.
  2. Mekanisma pengurangan kolesterol eksogen Ergosterin akan bertanding dengan kolesterol dan menganggu penyerapan kolesterol ke dalam badan kerana struktur kimia ergosterin menyerupai struktur kolesterol.
  3. Mekanisma pengurangan trigliserida
    Asid linoleik sangat bermanfaat kepada mereka yang menghidapi hipertrigliseridemia (paras trigliserida yang tinggi di dalam darah). Asid linoleik ialah sejenis asid lemak politaktepu dari keluarga asid lemak Omega 6. Ia merupakan prekursor untuk hormon seperti prostaglandin. Prostaglandin ialah bahan yang didapati dalam sel-sel badan. Asid linoleik ialah asid lemak perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita, oleh itu ia harus diambil melalui pemakanan.

PRODUK UTAMA DAN PRODUK LAIN
KELUARAN TASLY  TERBARU

28

cara-makan

Posted in Produk | Tagged , , | Leave a comment

Margaret Plus – Khas Untuk wanita

Margaret Plus [Khas Untuk wanita ]

Harga rm135.00

Tasly Margaret Plus mengandungi ramuan utama iaitu ekstrak kacang soya, Trifolium pratense,Paeoniae Alba dan Ganoderma lucidum. Tasly Margaret Plus menyelaraskan keseimbangan fisiologi keseluruhan dalam badan; dimana Ganoderma lucidum, Paeoniae alba, dan Trifolium pratense boleh memberikan kesan itu. Oleh itu, isoflavon soya berkualiti tinggi dan herba tradisional Trifolium pratense digabungkan supaya memberi kesan sinergetik.

  • Mencegah penyakit alzheimer
  • Mencegah kanser puyu dara
  • Mencegah osteoporosis
  • Mencegah penyakit-penyakit kardiovaskular dan serebrovaskular
  • Memperlahankan proses penuaan

Ciri-ciri produk

Kapsul Margaret Plus merupakan hasil integrasi sari penting Perubatan Tradisional Cina. Perubatan Tradisional Cina juga percaya bahawa dengan kaedah pengawetan yang betul, penuaan dapat dilambatkan serta pengekalan kejelitaan dan keseimbangan fungsi fisiologi boleh dicapai. Kesihatan badan juga dapat dipelihara. Bagaimanakah harus kita pelihara kesihatan kita dengan betul? Menurut perubatan moden, banyak penyakit di kalangan wanita adalah disebabkan oleh gangguan paras estrogen dalam badan, di mana siri gejala seperti berikut boleh diperhatikan: ketidakaturan haid iaitu haid datang samada terlalu awal atau lewat dan pengliran haid samada sangat banyak atau terlalu sedikit, atau sehingga terjadinya pendarahan uterin, kepeningan,tinitus, berasa demam panas atau sejuk demam tiba-tiba, penyirapan kepanasan pada kepala dan pipi, kemerahan muka, perpeluhan spontan, perpeluhan malam, mudah naik marah, ketidakstabilan emosi, pelupa, rasa kecewa, berpeluh di tapak tangan dan kaki, kutlit berasa gatal, sakit belakang, badan semakin bongkok sebab batuk, kekurangan stamina, tidak dapat berdiri atau bekerja untuk jangka waktu panjang, takutkan kesejukan dan keletihan.

Jika kita ingin mengekalkan kesihatan dengan cara yang terbaik, kita harus bermula daripada keseluruhan konsep Perubatan Tradisional Cina, iaitu dari segi pelarasan keseimbangan fisiologi keseluruhan dalam badan; di mana Ganoderma lucidum, Paeoniae alba dan Trifolium pratense boleh memberi kesan tersebut. Pada masa yang sama bergabungkan perspektif perubatan moden, estrogen tumbuhan digunakan untuk melaraskan keseimbangan hormon wanita. Demi tujuan itu, isoflavon soya berkualiti tinggi dan herba tradisional Trifolium pratense digabungkan supaya memberi kesan sinergetik.

5 Fungsi utama

  1. Kesan hampir sama seperti estrogen
    Unsur aktif dalam isoflawon soya boleh bergabung dengan penerima estrogen (ER) dalam badan dan memaparkan fungsi estrogen yang lemah. Selepas pergabungan, ia berkeupayaan memberi kesan ke aas kesihatan menurut perhubungan dos-gerakbalas bentuk-U memberi isoflavon soya dengan funsi pelbagai estrogen menolong melegakan sindrom putus haid Satu penyelidikan klinikal menunjukkan bahawa perbandingan anara negara-negara Eropah dan Amerika dengan negara Jepun, bahawa ¼ wanita Jepun menunjukkan tercetusnya sindrom putus haid. Ini adalah disebabkan oleh pemakanan yang mengandungi lebih isoflavon. Pati kacang soya dan Trifolium pratense mengandungi banyak isoflavon; apabila ia digunakan bersama, ia saling menyempurnakan dan saling meningkatkan antara satu sama lain. Radix Paeoniae alba, digunakan dalam Perubatan Tradisional Cina untuk merawat gangguan kitaran haid, kesakitan semasa haid, pendarahan uterin dan penyakit lain; ia boleh digunakan untuk meringankan gejala sindrom putus haid.
  2. Anti-tumor
    Isoflavon kacang soya mempunyai kesan anti-tumor yang ketara, khususnya terhadap tumor yang berkaitan dengan hormon seperti kanser payudara dan prostat. Melalui kesan estrogen, ia dapat menghasilkan kesan pencegahan tumor pada tahap tertentu . Radix Paeoniae, manakala Ganaderma lucidum membawa kesan baik dalam pelarasan dan pengaktifan fungsi imuniti yang menguatkan kebolehan badan untuk mencegah tumor.
  3. Mencegah osteoporosis
    Apabila memasuki peringkat putus haid, kaum wanita menghadapi risiko aoteoporosis (kehilangan jasad tulang yang ketara) yang lebih tinggi. Isoflavon kacang soya sebagai estrogen tumbuhan bukan-steriod, boleh mengurangkan aktivit osteoklas dan menyerapan-balik jasad tulang dan mencegah kejadian osteoporosis.
  4. Mempertahankan salur darah kardiak
    Radix Paeoniae alba dan Ganoderma lucidum berkesan dalam pengembangan arteri koronari dan perlindungan otot kardiak daripada kekurangan bekalan darah; herba-herba ini digunakan dengan meluas untuk membantu dalam perawatan dan pencegahan penyakit jantung koronari, angina dsb. Isoflavon kacang soya dan Ganoderma lucidum boleh mengurangkan paras kolesterl dama badan dan mengurangkan kadar kejadian aterosklerosis; ia juga mempunyai kesan membaiki peredaran-mikro, mengegah trombosis dsb.
  5. Meningkatkan keimunan
    Isoflavon kacang soya berfungis meningkatkan imuniti tak-spesifik pad badan. Ujian pada haiwan menunjukkan hanawa ia boleh meningkatkan fungsi makrofaj dan imunoglobulin hasilan limpa dalam tikus, meninggikan bilanag limfosit darah periferal, maka ia berfungsi dalam pengawalaturan yang ketara. Ganoderma lucidum berkesan meningkatkan kekuatan dalaman, memperkhasiatkan dan memperkuatkan badan, memanjangkan umur, meningkatkan funsi imun dan menguatkan rintangan melawan penyakit.

PRODUK UTAMA DAN PRODUK LAIN
KELUARAN TASLY  TERBARU

28

cara-makan

Posted in Produk | Tagged , | Leave a comment

B-CLEANSING

Ramuan utama:

Angelica, Chuanxiong
Radix Paeoniae Alba
Radix Rehmania Preparata
Rumulus Uncariae,etc

Harga Pasaran : RM118
Harga Ahli : RM100

B-Ceansing granule-“Kehidupan Tanpa Sakit Kepala”

Kekurangan Peredaran Serebral Kronik (Cronic Cerebral Circulation Insufficienfy (CCCI)) pertama kali dicadangkan oleh saintis perubatan Jepun pada tahun 1990.Ia merujuk kepada satu penyakit dengan siri manifestasi klinikal dalam bentuk ketidakfungsian otak akibat daripada kekurangan peredaran darah ke otak secara berlarutan dan kronik yang disebabkan oleh pelbagai faktor. Pening dan sakit kepala merupakan simpton yang paling nyata.

Apakah punca penyakit ini?

Punca utama ialah aterosklerosis (faktor risiko aterosklerosis adalah tekanan darah tinggi, diabetes, heperlifidemia, obes, merokok dan meminum alkohol) dan juga arthritis, strenosis arteri dan sebagainya.
-Punca kedua ialah tekanan darah. Kadar pengaliran darah di otak berhubung terus dengan tahap tekanan darah. Di bawah syarat-syarat normal, kadar pengaliran darah serebral bertambah secara relatif dengan penambahan tekanan darah; tetapi apabila tekanan darah naik ke suatu tahap, pengaliran darah serebral akan berkurangan. Oleh itu, pembekalan darah yang normal ke tisu otak akan terganggu apabila tekanan darah terlalu tinggi atau terlalu rendah.
Punca ketiga ialah penukaran komposisi darah. Penyelidikan perubatan membuktikan bahawa penambahan kelikatan darah ialah satu daripada faktor penting pengurangan pembekalan darah serebral.

Kelebihan produk:

B-Clensing granul ialah penyediaan Perubatan Tradisional Cina yang kandungan utamanya adalah Angelica, Chuanxiong, Radix Paeoniae alba, Radix Rehmanniae preparata, Gewang, Rizoma Corydalis dan sebagainya. Ia berkesan dalam memberi khasiat kepada Yin, memperkayakan darah, mengawalatur sistem hati, menindas Yang dan menggalakkan peredaran darah.

Produk ini memberi kesan klinikal yang baik, kualiti stabil, selamat dan tidak membawa kesan sampingan bertoksik, berbanding dengan produk lain dalam kategori yang sama, ia berkelebihan daripada segi teknikal dan potensi pemasaran.

B-Cleansing Granule boleh mengembangkan salur darah pada otak, menambahkan pengaliran darah serebral, membaiki peredaran-mikro serebral, menambahkan pembekalan oksigen serebral dan mengurangkan reintangan vaskular. Ia boleh melegakan kekejangan, mengurangkan kelikatan darah, merencat penggumpalan platelet, anti-trombosis dan pada masa yang sama bertindak ke atas sestem saraf pusat dengan kesan penenteraman dan analgesik yang efektif. Ini menjadikannya pilihan terbaik sebagai rawatan untuk kepeningan dan sakit kepala yang tercetus kerana tekanan darah tinggi, sakit kepala jenis ketegangan, migrain, kepeningan dan sakit kepala yang dibawa oleh sindrom saraf serebral traumatik, sakit kepala semasa haid, keresahan dan cepat marah, insomnia, bermimpi keterlaluan, tinnitus, konjunktivitis, kesakitan mata dan gejala-gejala lain bagi CCCI.

6 Fungsi Utama:

1. Mengembangkan salur darah serebral dan menambahkan pengaliran darah.
2. Membaiki peredaran serebral dan menambahkan pembekalan oksigen ke otak.
3. Melegakan kekejangan salur darah serebral.
4. Mengurangkan kelikatan darah dan merencat pembentukan trombosis.
5. Menenangkan dan melegakan kesakitan.
6. Boleh menukarkan indeks hemoreologi.

Aplikasi yang bersesuaian:

1. Merekan yang sakit kepala dan paning kepala yang disebabkan oleh kekurangan Peredaran Serebral Kronik(CCCI).
2. Mereka yang sakit kepala dan kepeningan yang disebabkan oleh tekanan darah tinggi.
3. Mereka yang sakit kepala semasa datang haid.
4. Kesakitan kepala primer.
5. Mereka yang mempunyai kualiti tidur yang kurang baik atau tidak cukup rehat.

Aturan Penggunaan:

B-Cleansing Granul diambil sebelum makan.
1 peket diambil 2-3 kali sehari.
2 peket harus diambil sebagai dos pertama.Setiap jangka rawatan ialah 1 bulan; pengambilan jangka panjang memberi kesan yang lebih baik.

Perhatian!!!

  1. Tidak sesuai kepada ibu yang sedang mengandung atau menyusu.
  2. Tidak sesuai kepada kanak-kanak.

Ramuan utama:
Angelica, Chuanxiong
Radix Paeoniae Alba
Radix Rehmania Preparata
Rumulus Uncariae,etc

**Kajian moden menunjukkan bahawa Chuanxiong merencat pengecutan otot licin, menambahkan pengaliran darah serebral, mengurangkan rintangan vaskular periferal dan keaktifan permukaan platelet, ia juga boleh merencat penggumpalan platelet. Angelica boleh menggalakkan penghasilan dan peredaran darah, kedua-dua radiks rehmanniae preparata dan radiks paeoniae alba boleh mengkhasiati Yin , menggalakkan penghasilan darah dan melegakan Yang, sementara penggunaan bersama Angelica dan radiks rehmanniae preparata dapat mengkhasiati Yin, menggalakkan penghasilan darah, merencat pembekuan darah tetapi tidak menjejaskan darah.Kombinasi 4 herba ini merupakan kandungan preskripsi klasik Perubatan Tradisional Cina iaitu “SI WU TANG”. Tambahan lagi, Semen Cassiae dan Spika Prunellae boleh menghilangkan kepanasan dan menindas Yang pada hati, penambahan Gewang meningkatkan fungsi tersebut. Asarum Sieboldii ditambah untuk membantu memberi kewarasan fikiran dan sebagai suatu analgesik.
Kombinasi semua bahan-bahan ini membawa kesan dalam menggalakkan penghasilan dan peredaran darah, membuang angin, menyegarkan hati dan menghentikan kesakitan.

PRODUK UTAMA DAN PRODUK LAIN
KELUARAN TASLY  TERBARU

28

cara-makan

Posted in Produk | Tagged | Leave a comment

DEEPURE TEA

Harga Pasaran : RM138.00
Harga Ahli : RM 120.00

Ramuan Intipati Tea Pu’er

Fungsi

Secawan Deepure membekalkan anda pelbagai manfaat kesihatan:

  • Minum dengan kenikmatan, Deepure memelihara perut, membersihkan usus dan mengeluarkan kekeruhan.
  • Minum dalam kuantiti yang sesuai, Deepure mengurangkan tahap lipid darah dan gula darah.
  • Minum ketika santapan, Deepure mengurangkan lemak.
  • Minum untuk jangka masa yang lama, Deepure mempertingkatkan imuniti dan mengelakkan anda daripada sub-kesihatan.


Sifat Produk

  • Persekitaran penanaman yang bebas daripada pencemaran dan bersifat ekologi.
  • Formula saintifik baru.
  • Menggunakan teknologi bio-penapaian moden – menyeragamkan seluruh proses penapaian dengan piawaian terkawal, selamat dan bersih serta menggunakan sejenis mikrob untuk mempertingkatkan kesihatan melalui penghasilan faktor Pu’re.
  • Menggunakan teknologi pengekstrakan digital – menghasilkan tea dengan skala nano yang tulen, kaya dengan ramuan yang bermanfaat dan menyingkirkan logam berat, saki-baki racun perosak serta bahan yang tidak tulen.
  • Pengeluaran seragam – seluruh proses daripada penanaman, kutipan hasil, penapaian, pengekstrakan, penghantaran, penyimpanan dan penjualan.
  • Kemudahan – hanya 3 saat untuk menikmati penjagaan kesihatan anda dengan Deepure.

PRODUK UTAMA DAN PRODUK LAIN
KELUARAN TASLY  TERBARU

28

cara-makan

Posted in Produk | Tagged , , | Leave a comment

Dong Chong Cao

Harga Pasaran : RM147.00
Harga Ahli : RM125.00

Dong Chong Cao ini juga di gelar sebagai Raja Herba, keunikkan tumbuhan ini dimana jika tidak dipetik selepas tempoh matang ia akan bertukar jadi ulat bernyawa, sebab tu kita boleh lihat tumbuhan ini berbentuk seperti ulat.

Ciri-ciri produk

1. Produk yang unik dari negara China.
2. Sesuai untuk kebanyakan golongan pengguna.
3. Kandungan bahan aktif yang tinggi.
4. Bebas daripada kandungan hormon dan perangsang.

Sangat baik untuk paru-paru, buah pinggang, buang toksin dan bina semula sel-sel dalam tubuh. Ia juga baik untuk Gout, resdung, asma, luka kencing manis, produk ini sangat sesuai kombinasi dengan Kapsul Danshen Plus dan amat sesuai untuk hampir semua penyakit

Dong Chong Cao2

Kelebihan produk.

1. Melaraskan keseimbangan Yin dan Yang – Teori Perubatan Tradisional Cina mengenai pengawalaturan keseluruhan badan.

Dalam Perubatan Tradisional Cina, tubuh manusia dianggap sebagai suatu entiti biologi keseluruhan, dimana Yin dan Yang merupakan faktor utama pelarasan fungsi-fungsi metabolisma dan fasiologi badan. Yin dan Yang saling meningkat dan saling mengawalatur demi mengekalkan keseimbangan dinamik relatif sendiri. Ini merupakan syarat asas untuk semua aktiviti normal dalam kehidupan. Apabila Yin dan Yang seimbang maka badan dalam keadaan sihat.

2. Pengawalaturan dwi-arah.

Kebanyakan herba perubatan cina bersifat lembut dan bertindak ke atas sasaran berganda, ia berupaya menjalankan pelarasan dwi-arah dalam banyak aspek. “Pelarasan” ini adalah suatu ciri khas Perubatan Tradisional Cina, ia juga satu kelebihan. Cordyceps merupakan satu daripada herba pengawalaturan dwi-arah tersebut, di mana ia mengkhasiati Yin dan menguatkan Yang, ia berkesan ke atas tekanan darah tinggi dan juga tekanan darah rendah, ia menolong merawat diabetes dan merendahkan gula dalam darah dan pada masa yang sama membaiki keadaan hipoglisemia untuk mengembalikan tenaga kepada badan, ia boleh meningkatkan fungsi sistem imun dan juga boleh mengurangkan fungsi inunosit tertentu.

Aplikasi yang bersesuaian.

Kepada mereka yang mempunyai keimunan yang lemah, mudah sakit demam dan mereka yang cepat letih.
Sesuai untuk golongan pertengahan usia dan warga tua, mereka yang mempunyai tekanan kerja yang berat, membuat kerja fizikal yang berat dan berbadan lemah.
Mereka yang mengidap penyakit ketidakfungsian pulmonari seperti asma, bronkitis kronik, emfisema, dan rhinitis kronik.
Mereka yang kekurangan fungsi renal yang mendadak atau kronik, atau kegagalan fungsi renal, sakit belakang, protainuria, dsb.
Pesakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah.
Mereka yang bermasalah dengan ketidakfungsian seksual, kemandulan, mati pucuk dan keluaran mani nokturnal.

4 Fungsi Utama

1. Memperbaiki fungsi sistem pernafasan.

Dalam Perubatan Tradisional Cina, Cordyceps dikatakan boleh membaiki keadaan paru-paru, merawat asma, menghentikan batuk dan menyingkirkan kahak, ia digunakan untuk merawat batuk kohol dan asma yang disebabkan oleh kelemahan peru-paru dan/atau ginjal. Kajian moden menunjukkan bahawa Cordyceps berfungsi dengan ketara dalam meningkatkan perembesan epinefrin, mengembangkan bronkus, menghentikan asma, menolong mengeluarkan kahak, dsb. Ia juga berfungsi sebagai rawatan sampingan untuk penyakit ko-pulmonal dan kegagalan pernafasan.

2. Meningkatkan fungsi ginjal (buah pinggang).

Menurut Perubatan Tradisional Cina, Cordyceps mempunyai kaitan dengan kesihatan ginjal, ia meningkatkan fungsi renal dan membaiki poten lelaki, ia boleh merawat kelemahan ginjal, sakit belakang, dsb. Kajian moden mendapati bahawa Cordyceps membawa kesan baik dalam rawatan kegagalan renal secara mendadak. Dalam rawatan kegagalan renal kronik, ia mengurangkan protein air kencing, kreatinin, serum dan nitrogen air kencing.

3. Meningkatkan fungsi seksual

Cordyceps boleh membaiki poten lelaki dan menggalakkan perembesan air mani. Ia lembut dan tidak bersifat panas, sesuai untuk merawat kekurangan renal, sakit belakang bahagian bawah, mati pucuk, keluaran mani nokturnal, ketidakfungsian seksual, kemandulan, dsb.

4. Mengawalatur fungsi keimunan dan meningkatkan kebolehan melawan penyakit.

Cordyceps mengawalatur sistem imun secara dwi-arah, fungsi utamanya ialah meningkatkan imuniti, tetapi ia juga mempnyai kesan penekanan ke atas penyakit autoimuniti. Melalui pelarasan dwi-arah, kebolehan badan melawan penyakit dipertingkatkan. Perubatan Tradisional Cina percaya bahawa Cordyceps bertindak sebagai suatu tonik untuk kesihatan yang kurang baik, ia berkesan dalam menguatkan badan pesakit yang sedang pulih, merawat peluh semasa sejuk, terasa sejuk dan gejala-gejala lain. Oleh itu, Cordyceps boleh digunakan untuk melawan keletihan, ia juga meningkatkan ketahanan fizikal badan dan memberikan perlindungan.

Fungsi Lain
Pelarasan Kepada tekanan darah dan dll

PRODUK UTAMA DAN PRODUK LAIN
KELUARAN TASLY  TERBARU

28

cara-makan

Posted in Produk | Leave a comment